Jumaat, 9 Disember 2011

PENYALAHGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR


Pelajar sekolah hari ini adalah antara pengguna internet di Malaysia. Sekiranya di rumah mereka tidak ada kemudahan internet mereka akan ke kafe siber untuk mendapatkan kemudahan internet jadi kebanyakan mereka sudah terdedah kepada penggunaan internet sejak dari kecil lagi.

Portal-portal sosial seperti Facebook, Myspace dan bermacam-macam lagi yang wujud umpama cendawan tumbuh selepas hujan telah menjadi kegilaan pelajar-pelajar zaman sekarang maklumlah dunia sudah serubah zaman sudah maju.
Selain daripada portal-portal sosial, permainan komputer atas talian(Online Games) turut menjadi kegilaan pelajar sekolah masa kini. Antara permainan komputer atas talian yang popular adalah Risk Your Life 2 Incomplete Union, Cabal SEA, FiFa Online dan bermacam-macam lagi. Penyalahgunaan internet dikalangan pelajar sekolah juga  semakin membimbangkan dewasa ini terutamanya membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan pelajar masa kini. 

Permainan atas talian yang terdapat di dalam internet sering memaparkan grafik dan perlakuan berunsur keganasan dan kekejaman. Hal ini telah menjadi salah satu faktor peningkatan kes buli dan pergaduhan dalam kalangan pelajar. Mereka yang sering bermain permainan seperti ini akan mudah terikut dengan perlakuan ganas yang dipaparkan dalam permainan tersebut. Lambakan laman web lucah yang memaparkan aksi-aksi tidak bermoral juga turut dijadikan sebagai tempat para pelajar melampiaskan nafsu mereka. Tidak hairanlah jika para pelajar yang ditangkap ponteng sekolah sering menjadikan kafe-kafe siber sebagai tempat mereka 'berkumpul' dan melayari laman web terlarang ini.

Pelbagai langkah-langkah telah dijalankan oleh pelbagai pihak termasuklah kerajaan dan pihak sekolah bagi membanteras gejala tidak bermoral yang berpunca daripada penyalahgunaan internet ini. 

KERAJAAN :

  • Menghapuskan laman web berunsur lucah dan memantau laman-laman web yang sedia ada.
  • Menghadkan akses ke sebarang laman web yang mungkin mengandungi kandungan yang tidak sesuai bagi pengguna-pengguna remaja.
  • Mewujudkan undang-undang yang lebih tegas khusus bagi gejala penyalahgunaan internet dan penyebaran pronografi di atas talian.
SEKOLAH :

  • Memantau aktiviti penggunaan internet oleh para pelajar dengan penggunaan perisian yang mampu menyekat akses ke laman web pornografi dan sebagainya.
  • Mengadakan ceramah berkaitan dengan penyalahgunaan internet dan impak negatifnya.
Namun, sejauh mana keberkesanan penguatkuasaan undang-undang dan pemantauan pelbagai pihak bagi menangani gejala sosial seperti ini?

Kesimpulannya, semua pihak seharusnya memainkan peranan bagi membantu menbanteras gejala tidak bermoral seperti ini daripada terus menular dalam kalangan remaja khususnya pelajar sekolah. Mereka seharusnya diterapkan dengan nilai-nilai murni yang akan menjana pemikiran ke arah membentuk jatidiri dan sahsiah yang baik.


Jumaat, 2 Disember 2011

BIODATA PENGENALAN DIRI


NAMA : 
NURUL IZZATI BINTI ZAIMY
NO. MATRIK :
A 129056
PROGRAM :  
PENGAJIAN BAHASA INGGERIS
(FSSK/PUSAT PENGAJIAN BAHASA & LINGUISTIK)
TAHUN PENGAJIAN : 
3
SEMESTER : 
1
TUTORIAL : 
JUMAAT, 8.00 PAGI-10.00 PAGI
(MAKMAL KOMPUTER 3,FAKULTI PENDIDIKAN)
E-MAIL : 
ayuasia_89@rocketmail.com
FACEBOOK : 
Cahaya Izzati (Nurul Izzati Zaimy)
NO.TELEFON BIMBIT : 
011-19255409
NO.TELEFON WARIS : 
013-2176761 (IBU)
ALAMAT KOLEJ : 
KOLEJ RAHIM KAJAI
ALAMAT RUMAH : 
23, JALAN BELIDA 2,
TAMAN BUKIT CHEDANG FASA 2,
70300 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.