Jumaat, 9 Disember 2011

PENYALAHGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR


Pelajar sekolah hari ini adalah antara pengguna internet di Malaysia. Sekiranya di rumah mereka tidak ada kemudahan internet mereka akan ke kafe siber untuk mendapatkan kemudahan internet jadi kebanyakan mereka sudah terdedah kepada penggunaan internet sejak dari kecil lagi.

Portal-portal sosial seperti Facebook, Myspace dan bermacam-macam lagi yang wujud umpama cendawan tumbuh selepas hujan telah menjadi kegilaan pelajar-pelajar zaman sekarang maklumlah dunia sudah serubah zaman sudah maju.
Selain daripada portal-portal sosial, permainan komputer atas talian(Online Games) turut menjadi kegilaan pelajar sekolah masa kini. Antara permainan komputer atas talian yang popular adalah Risk Your Life 2 Incomplete Union, Cabal SEA, FiFa Online dan bermacam-macam lagi. Penyalahgunaan internet dikalangan pelajar sekolah juga  semakin membimbangkan dewasa ini terutamanya membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan pelajar masa kini. 

Permainan atas talian yang terdapat di dalam internet sering memaparkan grafik dan perlakuan berunsur keganasan dan kekejaman. Hal ini telah menjadi salah satu faktor peningkatan kes buli dan pergaduhan dalam kalangan pelajar. Mereka yang sering bermain permainan seperti ini akan mudah terikut dengan perlakuan ganas yang dipaparkan dalam permainan tersebut. Lambakan laman web lucah yang memaparkan aksi-aksi tidak bermoral juga turut dijadikan sebagai tempat para pelajar melampiaskan nafsu mereka. Tidak hairanlah jika para pelajar yang ditangkap ponteng sekolah sering menjadikan kafe-kafe siber sebagai tempat mereka 'berkumpul' dan melayari laman web terlarang ini.

Pelbagai langkah-langkah telah dijalankan oleh pelbagai pihak termasuklah kerajaan dan pihak sekolah bagi membanteras gejala tidak bermoral yang berpunca daripada penyalahgunaan internet ini. 

KERAJAAN :

  • Menghapuskan laman web berunsur lucah dan memantau laman-laman web yang sedia ada.
  • Menghadkan akses ke sebarang laman web yang mungkin mengandungi kandungan yang tidak sesuai bagi pengguna-pengguna remaja.
  • Mewujudkan undang-undang yang lebih tegas khusus bagi gejala penyalahgunaan internet dan penyebaran pronografi di atas talian.
SEKOLAH :

  • Memantau aktiviti penggunaan internet oleh para pelajar dengan penggunaan perisian yang mampu menyekat akses ke laman web pornografi dan sebagainya.
  • Mengadakan ceramah berkaitan dengan penyalahgunaan internet dan impak negatifnya.
Namun, sejauh mana keberkesanan penguatkuasaan undang-undang dan pemantauan pelbagai pihak bagi menangani gejala sosial seperti ini?

Kesimpulannya, semua pihak seharusnya memainkan peranan bagi membantu menbanteras gejala tidak bermoral seperti ini daripada terus menular dalam kalangan remaja khususnya pelajar sekolah. Mereka seharusnya diterapkan dengan nilai-nilai murni yang akan menjana pemikiran ke arah membentuk jatidiri dan sahsiah yang baik.


4 ulasan:

nadya e-man berkata...

Penyalahgunaan internet dikalangan pengguna laman sosial pernah menjadi satu topik hangat yang diperbincangkan satu masa dahulu dan sehingga sekarang,isu tersebut masih lagi dibangkitkan. Tidak sewajarnya kemudahan yang tersedia disalahgunakan oleh masyarakat. Kebelakangan ini isu penyebaran gambar-gambar lucah amat berleluasa di laman sosial Facebook. Terdapat satu teknologi yang membolehkan gambar seseorang menjadi gambar yang tidak sepatutnya contohnya gambar lucah. Perisian Adobe Photoshop membolehkan gambar seseorang di olah dan diubah menjadi gambar yang tidak sepatutnya sehinggakan menjatuhkan maruah individu yang terlibat.



MUNIRA NADIYA BINTI SULAIMAN
A129029

Regulus Leonis berkata...

This problem can actually be a world-wide problem meaning a problem that all nations face. Most countries including Malaysia take this problem seriously and react towards it aggressively. First noticeable action was the prohibition in entering cybercafe with school uniform. This may help reducing the problem of truancy because of the misuse of internet. However, youngsters somehow found a way to get around that by changing their clothes before entering the cybercafe.
Then was the government act of blocking sharing websites to fight piracy. Again an aggressive act towards misuse of internet and tonnes of people against but it still continues.
In the blogger personal opinion, government may change their approach with most strategic and profitable ways. The blogger suggests on making the games as tools in educations like what some institutes use is United Kingdom. They make use of The game Civilizations as a tool in teaching history. Singapore on the other hand had once postponed the national service of a man (the national service is compulsory to all citizens) because he was representing Singapore in an online game. What the blogger is saying that the government may probably change its perceptions towards games and diplomatically use that as an approach to deal with the misuse of internet in terms of gaming. The students who have this problem then will not resent the government and may react positively towards the approach.

Hana Jay berkata...

Hai
Isu ini memang telah banyak ditimbulkan kerana penyalahgunaan teknologi kini yang semakin berleluasa. Malah ia mencakupi pelbagai bidang. Maka, lagkah membanterasnya harus dipertingkatkan dari masa ke semasa supaya semua masalah ini dapat diatasi sepenuhnya.

(^^,)")

nurul farhana jalani
a128600
farrahannaj_89@yahoo.com

S.O berkata...

hai.saya bersetuju sepenuhnya tentang segala info yang anda berikan ini.ia sedikit sebanyak memberi input yang berguna untuk saya gunakannya untuk masa mendatang.Kerajaan dan pihak sekolah hendaklah bersatu dan perlulah mengawal sepenuhnya segala laman web yang berunsurkan lucah kerana pelajar tidak akan memberi tumpuan kepada pelajaran tetapi lebih memberi fokus sepenuhnya terhadap laman web yang berunsurkan 18sx ini.disebabkan ini juga terjadinya keruntuhan moral pelajar dan tersebarnya unsur2 yang tidak boleh diguna pakai seperti rogol,berzina,berfoya2 dan sebagainya.ini kerana keasyikan mereka dalam memberi perhatian kepada agenda yang tidak masuk akal ini.
secara individunya kita perlulah sama2 memerah otak supaya mengerah idea kepada pihak sekolah dan kerajaan saluran yang tepat untuk membuatkan pelajar lebih menyukai untuk belajar disamping mempelajari teknologi masa kini.

a129428
hassan bin mustafa afifuddin
atisan19@blogspot.com.