GAMBAR-GAMBAR TEKNO & INO

1) MORPH



Pengeluar telefon bimbit tersohor di dunia, NOKIA, memperkenalkan konsep baru telefon dan gajet masa depan yang dikenali sebagai Morph. Konsep Morph untuk keluaran produk gajet digital NOKIA masa depan merupakan gabungan seni dan teknologi yang elegan yang menggunakan nanoteknologi sebagai asas pembuatannya. Menurut saintis yang terlibat dalam projek Morph-Nokia ini, suatu hari nanti pengguna telefon berupaya mengubah gajet mereka menjadi bentuk-bentuk yang diminati seperti robot-robot dalam filem Transformer.
Konsep Morph pada telefon bimbit Nokia terbaru (akan dikeluarkan pada tahun 2015) menggunakan aplikasi nanoteknologi meliputi ciri-ciri kebolehlenturan, elektronik transparen, kemampuan pembersihan sendiri (self-cleaning), menggunakan tenaga solar dan antara mukanya (interface) yang canggih. Idea teknologi futuristik ini dikemukakan oleh penyelidik dari Pusat Penyelidikan Nokia dengan kerjasama Pusat Nanosains Cambridge, Universiti Cambridge, United Kingdom.

~O~O~O~O~O~O~O~O~O~O~


2) BendDesk



BendDesk merupakan salah satu projek pengendalian komputer masa depan yang secara keseluruhannya memanfaatkan teknologi multi touch dalam mengoperasikannya.
BendDesk secara khusus merupakan sebuah projek kajian oleh Malte Weiss, Simon Voelker dan Jan Brochers dari Media Computing Group, serta Christine Sutter dari Jabatan Kerja dan Psikologi Kognitif dan Christian Remy. Sementara itu B-IT Foundation merupakan badan induk utama sebagai penaja pelaksanaan projek ini.
Secara terperinci BendDesk mengaplikasikan multi touch pada sebuah meja secara menegak dan mendatar seperti di dalam gambar diatas, tujuannya untuk memanfaatkan ruang kerja secara keseluruhan. Ianya boleh memaparkan pelbagai isi digital seperti dokumen, gambar, video dan juga permainan video.


~O~O~O~O~O~O~O~O~O~O~


3) BridgePC




BridgePC, sebuah komputer konsep masa hadapan dengan rekaan futuristik. Alat ini tidak hanya berfungsi sebagai komputer semata-mata kerana ia juga berfungsi sebagai alat komunikasi visual. Rekabentuk BridgePC memudahkan pengguna untuk membawanya ke mana sahaja. Pengoperasian komputer tersebut juga dipermudah dengan menggunakan sistem gerakan tangan di mana pengguna tidak perlu menekan papan kekunci seperti komputer konvensional ketika ini. 

~O~O~O~O~O~O~O~O~O~O~


4) FUTURE MOBILE


Intel Corporation telah bekerjasama dengan Neusoft bagi mendemonstrasikan aplikasi masa depan untuk kereta.
Dilengkapi dengan kamera sebagai mata, dan komputer yang dilengkapi sistem processor multi-core, kenderaan masa depan ini akan memiliki kemampuan mengidentifikasi kenderaan lain dan pejalan kaki yang terlalu dekat secara lebih tepat.

Demo pada kereta ini menggunakan aturan "programming" Intel Ct, bahasa pemprograman C/C++ yang dibangunkan di makmal penyelidikan Intel, yang membolehkan program ini dapat beroperasi dengan lancar pada skala 2 hingga 8 core, untuk mengawal proses pencegahan kemalangan tanpa memerlukan kod ataupun "compiler" tambahan.


~O~O~O~O~O~O~O~O~O~O~




5) RECYCLING TRASH BIN 



Alat masa depan yang berupa tempat sampah yang secara automatik mengasingkan sampah organik dan anorganik. Setelah itu, ia juga akan memproses bahan buangan tersebut mengikut jenisnya dan barang yang diinginkan pengguna. Para pengguna hanya perlu menekan butang yang ada pada alat tersebut serta menyatakan barang apa yang ingin dihasilkan, dan alat ini akan menghasilkannya melalui proses di dalam tong sampah masa depan ini.


~O~O~O~O~O~O~O~O~O~O~




6) CYBERDYNE EXOSKELETON





Sut ini direka seperti dalam cerita fiksyen sains ini dipanggil Cyberdyne Exoskeleton.
Merupakan sepasang sut yang membantu seseorang yang lumpuh untuk bangun dan berjalan.
Selain itu tujuan sut ini adalah untuk membantu meringankan beban semasa melakukan kerja-kerja berat.
Aktiviti harian kita bergantung kepada otak termasuklah pergerakan otot-otot pada anggota badan.
Sebelum membuat pergerakan, otak kita memberi signal atau isyarat untuk menggerakkan badan.
Oleh itu sut ini mengesan signal-signal dari otak dan memindahkan signal kepada bentuk kod-kod arahan supaya sut tersebut dapat bertindak .
Sut ini hasil ciptaan saintis dan jurutera Jepun yang memainkan peranan yang besar untuk kebaikan  masyarakat terutamanya kepada orang yang lumpuh dan warga tua.

~O~O~O~O~O~O~O~O~O~O~



7) GENIUS PEN MOUSE WIRELESS 2.4 GHz


Pen Mouse ini menggunakan teknologi tanpa wayar 2.4GHz yang memiliki sensor pengesan automatik dalam mod "sleep" jika tidak digunakan dalam jangka masa tertenu. Pen Mouse ini menggunakan sensor optik 1200DPI yang memberikan keselesaan kepada penggunanya dalam berbagai situasi kerja.

  • Interface : USB dengan Pico Dongle
  • Frekuensi RF : 2.4GHz
  • Resolusi : 1200 DPI atau 400/800 DPI
  • Bateri : 1 x AAA
  • Dimensi : 21 x 16.3 x 133 mm dengan berat 17 gram
~O~O~O~O~O~O~O~O~O~O~




8) COFFEE ON A STICK


Heo Jeong Im telah mereka suatu cipataan yang hebat dan mungkin bakal menjadi kegilaan para penggenar kopi. Cappucino Coffee Stick rekaannya pasti menjanjikan nikmat hirupan kopi yang boleh disediakan dalam masa yang singkat dan cukup ringkas bagi pengguna yang sentiasa mengejar masa di waktu pagi.
Memiliki bahagian hujung yang boleh larut, Cappucino Coffee Stick ini amat mudah digunakan. Hanya perlu melarutkan bahagian hujung batang kayu yang telah dicantumkan dengan serbuk kopi yang telah dipadatkan di dalam secawan air panas. Setelah habis dilarutkan, batang kayu yang tinggal itu boleh dijadikan sebagai sudu kecil bagi mengacau minuman. Didatangkan dalam 5 perisa kopi iaitu Latte, Cappucino, Caramel Macchiato, Mocha Latte dan Americano.


~O~O~O~O~O~O~O~O~O~O~




9) TX54


TX54, jam rekaan masa hadapan yang hanya perlu dipasang pada bahagian kuku pengguna.
Direka oleh 3 orang pereka dari Amerika iaitu Napoleon Merana, Steffen Schubert, dan David Takacs, rekaan ini telah memenangia tempat kedua dalam sebuah pertandingan rekaan yang dianjurkan bagi memperingati ulangtahun ke-150 syarikar gergasi Timex.
Pengguna hanya perlu menekan hujung kuku mereka bagi mengetahui waktu. Jam ini juga direka dengan fungsi bercahaya di dalam gelap dan para pengguna juga boleh menukar warna paparan pada skrin jam tersebut. 





~O~O~O~O~O~O~O~O~O~O~


10) BROTHER QUATTRO 6000D


Brother Quattro 6000D adalah mesin jahit dengan teknologi komputer yang canggih yang mampu mengubah seorang tukang masak menjadi tukang jahit tanpa perlu mengikuti kursus terlebih dahulu. Mesin jahit ini dilengkapi dengan skrin LCD berukuran 4.5 x7 inci dengan resolusi paparan yang tinggi. 
Bagi tukang jahit yang ingin membuat corak motif pada jahitan mereka, mereka boleh memuatturun contoh-contoh corak menggunakan alat USB mudah alih yang telah disediakan dan contoh corak itu dapat dilihat melalui skrin yang ada pada mesin jahit ini.
Ciptaan ini juga dilengkapi dengan kamera kecil yang dinamakan "InnovEye"  di bawah jarum mesin jahit 
bagi membolehkan pengguna melihat secara langsung hasil jahitan mereka untuk mengelakkan sebarang kesilapan ketika menjahit.